Tuesday, 25 July 2017

Kraftangan di Malaysia






                                                 
                                                           Pelajar Program Pelancongan



Salam sejahtera kepada mereka melawati blog ini.Saya Devyanni Amy pelajar Kolej Vokasional Beaufort dari program Pelancongan dan tujuan saya membuat blog ini adalah untuk mempromosikan kraftangan yang berada di Malaysia.

DEFINISI KRAFTANGAN



Kraf adalah barangan yang dihasil dengan menggunakan kemahiran tangan, dikeluarkan dengan atau tanpa menggunakan alat atau peralatan mudah yang dijalankan secara sendiri atau tidak langsung oleh pengusaha-pengusaha kraf."Keluaran Kraftangan" ertinya apa-apa keluaran artistik yang mempunyai daya tarikan kebudayaan atau tradisional dan adalah hasil dari sesuatu proses yang bergantung semata-mata atau sebahagiannya kepada kemahiran tangan dan termasuklah apa-apa barang, walau bagaimanapun dihasilkan, yang mempunyai rekabentuk batik pada atau di mana-mana bahagiannya.

sumber: Akta 222-Akta perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia 1979


Kraftangan ialah kerja penghasilan peralatan berguna atau hiasan dengan menggunakan tangan sepenuhnya atau perkakas ringkas sahaja. Pertukangan kraftangan seharusnya dikerjakan secara perseorangan atau kecil-kecilan. Hasil kraftangan selalunya membawa kepentingan kebudayaan dan/atau keagamaan. Hasil pengeluaran besar-besaran atau hasil kejenteraan bukan bersifat kraftangan.


                                                
                                                        sebuah kedai kraftangan



JENIS-JENIS KRAFTANGAN

  • Anyaman 
contohnya bekas pensil


  • Tembikar 
contohnya Labu sayong
  • Batik 
contohnya batik canting
  • Key chain 
contohnya key chain beg
  • Aksesori 
contohnya cucuk sanggul
  • Permainan tradisional 
contohnya Wau

KRAFTANGAN YANG MENARIK



LABU SAYONG



                                                                 


Labu sayong ialah sejenis bekas tembikar bernama labu berwarna hitam yang merupakan produk perusahaan dari Kampung Kepala Bendang, dalam Mukim Sayong, iaitu sebuah desa yang terletak 1 kilometer dari Kuala Kangsar, Negeri Perak. Dari kampung inilah perusahaan ini berasal kerana sumber bahan mentah iaitu tanah liat khas diperoleh dari kampung tersebut.

Lanjutan daripada ini, perusahaan membuat labu sayong telah berkembang di kalangan waris asal pembuat tembikar ini ke sekitar perkampungan dalam daerah Kuala Kangsar.Bekas menyimpan air yang dihasilkan daripada tanah liat ini dibentuk dan diukir dengan teliti. Motif ukirannya banyak menjurus kepada unsur tradisional, khususnya bunga-bungaan seperti bunga tanjung, padi, senduduk, lawang, cengkih dan pucuk rebung.


SEJARAH LABU SAYUNG:

Menurut cerita, dipercayai bahawa labu telah dibawa ke Sayong oleh Tuk Kaluk yang datang dari Minangkabau dalam zaman pemerintahan Sultan Iskandar. Tuk Kaluk merupakan salah seorang yang mempunyai hubungan yang intim dengan istana, dikatakan telah dianugerahi tanah oleh sultan di Kampung Kepala Bendang sebagai menghargai kepandaiannya membuat hasil pertukangan seperti pedang, parang, keris dan juga tembikar. Sejak itu Tuk Kaluk menyumbangkan kebolehannya membuat labu kepada penduduk kampung. Lama-kelamaan penduduk di kampung ini pandai membuat labu hingga ke hari ini Penggunaan tembikar dalam kehidupan seharian memang meluas. Labu Sayong bukan sahaja digunakan oleh golongan rakyat biasa malahan golongan istana turut juga menggunakanya, sebagaimana yang dicatat oleh Raja Chulan dalam Misa Melayu. Sewaktu Sultan Iskandar Zulkarnain menghilir sungai dari istana Pulau Cempaka Sari, baginda turut membawa tembikar tanah ini yang digunakan sebagai bekas air minuman dan untuk bersiram

PROSES PEMBUATAN:



1. Mengambil Tanah

mengambil tanah yang sesuai iaitu tanah biasa,tanah pasir dan tanah liat.

2. Menjemurkan tanah
tujuan mengeringkan tanah-tanah liat yang digunakan. Tanah-tanah liat itu dijemur di bawah cahaya matahari selama dua atau tiga hari.

3. Menumbuk
tanah yang telah kering ditumbuk dengan menggunakan lesung kaki.

4. Mengayak
proses ini bertujuan untuk mengasingkan sampah dan bahan yang tidak hancur. proses ini juga untuk menjadi tanah liat tadi berbentuk tepung

5. Membancuh
proses ini mencampurkan tanah dengan air. Bahan yang dibancuh mesti tidak terlalu lembik.
bahan ini boleh diadun di dalam baldi atau besen.

6. Menguli
Tujuan untuk menjadikan ketulan tanah yang padat dari mengandungi angin. Menguli tanah boleh dikerjakan dengan tekanan tangan dan pusingan tanah.

7. Membentuk

Membentuk adalah penting dalam menghasilkan labu kerana inilah yang menentukan keindahan dan kekuatan labu. Ibu jari berperanan penting dalam pembentukan permukaan labu. Tanah berbentuk silinder akan dilingkari menjadi satu bulatan dan diletakkan di atas pinggan. Lingkaran tanah dipicit sambil memusing pinggan. Proses pemicitan ini dilakukan untuk menaikkan tanah agar berbentuk badan, leher, kepala dan muncung labu. Sudip buluh digunakan untuk melurut permukaan labu supaya kelihatan sama dan licin. Penepek digunakan untuk memampatkan badan labu. Setelah badan labu terbentuk ,tanah liat yang telah dileperkan dicantum bagi menutup bahagian terbuka. Tanah liat leper akan menjadi bahagian tapak labu.
8. Menghias
Apabila labu siap, ia dilicinkan dengan sudip buluh dan digilap menggunakan batu luru. Labu dibiarkan kering sebelum dihiasi dengan motif. Motif-motif yang dihasilkan dengan menekan kayu meterai ke permukaan labu. Labu ini dibiarkan kering untuk dibakar.

9.Membakar
Proses ini terbahagi kepada tiga peringkat iaitu menyalai, membakar dan menyepuh. Labu-labu yang cukup kering disalai menggunakan bahang api, sabut kelapa kering, dan sedikit kayu kering yang dibakar. Kemudian labu diletakkan di atas para secara terbalik dan ditutup dengan daun pisang, daun kelapa atau tikar selepas disalai. Kayu api disusun dibawah para lalu dinyalakan untuk proses pembakaran. Bahang api ini akan memanaskan labu yang telah dimasukkan ke dalam unggun api. Selepas dibakar labu dimasukkan ke dalam sekam padi untuk mendapatkan warna hitam di permukaan labu. Kemudian bahagian bawah tapak labu disapu dengan damar untuk menghalang air daripada meresap keluar. Labu dibiarkan seketika dan dibersihkan sebelum digunakan.



BATIK CANTING


                                                    


Alat canting digunakan bagi melakar corak batik dengan lilin panas di atas kain putih. Setelah kerja-kerja melakar selesai, proses mewarna mengikut kesesuaian corak dilakukan dengan menggunakan berus cat, dimana bahagian-bahagian yang terkena lilin itu tidak akan meninggalkan kesan warna apabila proses mematikan warna di lakukan. Lilin akan cair dan tanggal menjadikan bahagian-bahagian ini berwarna putih sebagai benteng.



Teknik Pembuatan:

Batik TulisProses pembuatan batik tulis adalah proses yang membutuhkan tehnik, ketelitian, dan kesabaran yang tinggi. Hal ini disebabkan oleh segala sesuatu proses pembuatannya dikerjakan manual dengan menggunakan tangan terampil manusia (ditulis) tanpa menggunakan mesin. Karena tehnis segala sesuatunyaKombinasi antara kain sutera yang sudah dikenal mahal dengan tehnik proses pembuatan secara ditulis manual tanpa menggunakan mesin, menjadikan batik tulis sutera ini diburu oleh kalangan eksekutif untuk menunjukkan kelas gengsinya. Proses pembuatan batik tulis tidak jarang membutuhkan waktu hingga 1 bulan pengerjaan. Terutama jika kain yang digunakan adalah kain sutera, yang membutuhkan perlakuan tehnik khusus karena karakteristik bahan kainnya. Sebelum kita belajar tehnik pembuatan batik tulis, ada baiknya kita ketahui dahulu bahan-bahan yang digunakan pada proses pembuatan batik tulis.Bahan pembuatan batik tulis. Canting, adalah alat tulis lilin yang digunakan untuk menutupi pola dan motif batik. Jadi fungsinya seperti pensil untuk lilin2. Pensil pola3. Kain mori putih yang biasanya kain sutera atau kain katun4. Lilin malam (wax)5. Kompor atau alat pemanas lilin malam (wax)6. Bahan pewarna kain





                                           


Gambar diatas adalah canting. Canting merupakan Alat untuk menulis/ menggambar diatas kain dalam proses membatik. Canting terbuat dari tembaga dengan gagang dari bambu. Ujung dari canting atau biasa disebut cucuk, mempunyai lubang yang bervariasi, sehingga bisa menentukan besar kecilnya motif.

                                              

Gambar diatas ini adalah wajan/nyamplung. Tempat ini sebagai tempat menampung canting disebut sebagai nyamplung. Nyamplung sebagai tempat cairan malam/ lilin.Teknik batik tulis dilakukan dengan menorehkan cairan malam/ lilin melalui media canting tulis. Proses pembuatan batik tulis malam/ lilin hamper serupa dengan proses pembuatan batik cap. Cairan malam / lilin harus tetap terjaga pada kondisi suhu 70 derajat celcius. Dengan menggunakan canting tulis cairan malam diambil dari nyamplung. Cucuk canting harus berlubang, sehingga perlu ditiup agar membran cairan terbuka. Setelah itu cairan malam baru dioleskan sesuai motif yang telah digambar di kain mori dengan pensil.



                                                 



                                                 

Gambar proses membatik dengan menggunakan canting. Dalam proses pembuatan batik tulis kita harus menyiapkan terlebih dahulu kain mori terbentang, mengambar sketsa motif batik yang akan dibuat dengan menggunakan pensil, kemudian menorehkan cairan malam/ lilin dengan warna dengan menggunakan canting tulis secara teliti dan hati-hati. Apabila kain mori telah selesai digambar dengan cairan malam/ lilin, selanjutnya dilakukan proses pewarnaan, lorot malam, membilas soda, dijemur, dan disetrika.Proses Detail Pembuatan Batik Tulis


  • Siapkan kain mori/ sutra, kemudian dibuat motif diatas kain tersebut dengan menggunakan pensil. 
  • Setelah motif selesai dibuat, sampirkan atau letakkan kain pada gawangan 
  • Nyalakan kompor/ anglo, letakkan malam/ lilin ke dalam wajan/ nyamplung, dan panaskan wajan dengan api kecil sampai malam/ lilin mencair sempurna. Untuk menjaga agar suhu kompor/ anglo stabil biarkan api tetap menyala kecil. 
  • Tahap selanjutnya, menutupi kain dengan malam/ lilin pada bagian-bagian yang akan tetap berwarna putih (sama dengan warna dasar kain). Canting untuk bagian halus, atau kuas untuk bagian berukuran besar. Proses ini bertujuan agar pada saat pencelupan bahan/ kain kedalam larutan pewarna bagian yang diberi lapisan malam/ lilin tidak terkena pewarna. 
  • Pada proses membatik dimulai dengan mengambil sedikit malam cair dengan menggunakan canting, tiup-tiup sebentar biar tidak terlalu panas kemudian torehkan/ goreskan canting dengan mengikuti motif. Dalam proses ini harus dilakukan dengan hati-hati agar jangan sampai malam yang cair menetes diatas permukaan kain, karena akan mempengaruhi hasil motif batik. 
  • Setelah semua motif yang tidak ingin diwarna atau diberi warna yang lain tertutup oleh malam/lilin, selanjutnya dilakukan proses pewarnaan. Siapkan bahan pewarna di dalam ember, kemudian celupkan kainnya ke dalam larutan pewarna. Proses pewarnaan pertama pada bagian yang tidak tertutup oleh malam/ lilin. Pewarnaan dilakukan dengan cara mencelupkan kain tersebut pada warna tertentu. Kain dicelup dengan warna yang dimulai dengan warna-warna muda, dilanjutkan dengan warna lebih tua atau gelap pada tahap berikutnya. 
  • Setelah dicelupkan dalam pewarna, kain tersebut di jemur dan dikeringkan. 
  • Setelah kering dilakukan proses pelorodan, proses tehnik “pelorodan” dilakukan dengan cara lilin dikerik dengan pisau, kemudian kain di rebus bersama-sama dengan air yang telah diberi soda abu, atau menggunakan tehnik pelepasan lilin dengan dilumuri bensin, kemudian Kain disetrika sehingga lilin menjadi meleh. Dari keempat jenis pelepasan lilin di atas, tehnik perebusan kain dengan soda abu dan tehnik setrika adalah yang lazim digunakan oleh pembatik tradisional. 
  • Kain yg telah berubah warna tadi direbus dalam air panas. Proses ini bertujuan untuk menghilangkan lapisan malam/ lilin sehingga motif yg telah digambar menjadi terlihat jelas. Apabila diinginkan beberapa warna pada batik yg kita buat, maka proses dapat diulang beberapa kali tergantung pada jumlah warna yg kita inginkan. 
  • Setelah kain bersih dari malam/ lilin dan dikeringkan, dapat dilakukan kembali proses pembatikan dengan penutupan malam/ lilin menggunakan alat canting untuk menahan warna berikutnya. 
  • selanjutnya proses pencelupan warna yang kedua, dengan memberikan malam/ lilin lagi, pencelupan ketiga dst. Misalkan dalam satu kain diinginkan ada 5 warna maka proses diatas tadi diulang sebanyak jumlah warna yg diinginkan berada dalam kain tsb satu persatu lengkap dengan proses membuka/nglorot dan menutup malam/ lilin dilakukan berulang kali sesuai dengan banyaknya warna dan kompleksitas motif yang diinginkan. 
  • Setelah beberapa kali proses pewarnaan, kain yang telah dibatik dicelupkan ke campuran air dan soda ash untuk mematikan warna yang menempel pada batik, dan menghindari kelunturan. 
  • Proses terakhir adalah mencuci /direndam air dingin dan dijemur sebelum dapat digunakan dan dipakai. 


CUCUK SANGUL

                                            

Pada suatu ketika dahulu cucuk sanggul menjadi salah satu daripada perhiasan diri terutama bagi masyarakat Melayu, Portugis, India dan Nyonya peranakan untuk mendandan rambut mereka. Peranan utama cucuk sanggul yang sebenar ialah untuk menyemat dan menahan sanggulsupaya tidak terurai.

Rekaan cucuk sanggul yang bermotifkan bintang dan bulan sering dipakai oleh kaum wanita Melayu. Untuk kegunaan setiap hari hanya satu atau dua sahaja cucuk sanggul yang akan dipakai manakala semasa perayaan ianya dipakai dalam set tiga, lima atau tujuh. Pakaian rasmi perkahwinan pengantin perempuan termasuk cucuk sanggul tradisional seperti mahkota yang terdiri daripada beberapa cucuk sanggul dipakai untuk menggemetarkan pengantin perempuan ketika bergerak.



WAU (LAYANG-LAYANG )


                                                 

Permainan layang-layang, juga dikenali dengan nama wau merupakan satu aktiviti menerbangkan layang-layang tersebut di udara. Perkataan “wau” dikatakan berasal daripada perkataan kerajaan Melayu Pattani (Thai) memandangkan negeri seperti Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah menggunakan perkataan tersebut.Perkataan layang-layang pula digunakan di kebanyakan negeri-negeri seperti di pantai barat dan selatan Semenanjung Malaysia seperti Selangor, Melaka dan Johor. Ini dapat dibuktikan menerusi catatan Tun Seri Lanang yang menyatakan bahawa Raja Ahmad bermain layang-layang bersama pemuda-pemuda serta kerabat DiRaja. Selain itu kemunculan nama wau juga dikaitkan dengan bunyi yang terhasil daripada busur yang diikat pada wau. Apabila dinaikkan ke udara, daun ibus yang dipasang pada busur tersebut akan menghasilkan bunyi "wau" secara berirama.

Permainan wau diadakan sebagai hiburan untuk pelbagai peringkat umur. Permainan wau juga diadakan untuk pertandingan. Pertandingan yang melihat bentuk kecantikannya diukur dari segi keindahannya kepada bentuk, corak ciptaan, warna, keaslian ciptaan dan ukurannya.Wau juga oleh dijadikan perhiasaan atau kraftangan di rumah.

JENIS-JENIS WAU:

Pelbagai jenis dan bentuk wau telah dicipta.Berikut adalah jenis-jenis wau.

  1. Wau barat -- lihat Wau daun. 
  2. Wau bayan 
  3. Wau bulan -- Wau yang bahagian ekornya menyerupai bulan sabit atau tanduk dan mengandungi bulan penuh di bahagian labu iaitu di antara bulan sabit dengan sayapnya. 
  4. Wau burung 
  5. Wau ceduk -- Wau tanpa tulang. 
  6. Wau daun -- Wau yang menyerupai wau bulan tetapi tidak mempunyai bulan penuh. Ekornya lebih rapat ke sayapnya yang panjang dan dapat diterbangkan oleh angin sederhana kerana ringan dan berasal dari Siam atau Patani. 
  7. Wau gubah -- Wau yang direka mengikut daya cipta pembuatnya sendiri lazimnya berunsur tumbuhan, haiwan, peralatan sosiobudaya, ciptaan sains dan teknologi dan alam khayalan. 
  8. Wau gubah kain -- Wau gubah yang dicipta daripada pelbagai bahan kecuali kertas. 
  9. Wau gubah kertas -- Wau gubah yang dicipta daripada kertas. 
  10. Wau helang -- Wau yang menyerupai burung khususnya di bahagian ekor dan berasal dari Perlis. 
  11. Wau jala budi -- (Kedah) Wau yang menyerupai lembaga manusia yang bahagian ekornya berbentuk seperti punggung manusia. Wau ini dikenali dengan wau kangkang dan wau orang. Ia juga mengambil nama sempena bentuk daun budi. 
  12. Wau kangkang -- lihat Wau jala budi. 
  13. Wau kapal -- Wau yang bahagian ekornya berbentuk kapal laut atau kapal layar dan berasal dari Selangor. 
  14. Wau katak -- Wau tanpa tulang 
  15. Wau kikik -- Nama lain bagi wau kemetek, sejenis wau ringkat berbentuk empat segi. 
  16. Wau kucing -- Wau yang bahagian ekornya menyerupai kepala kucing jika diterbalikkan secara grafik. 
  17. Wau legu -- Wau kucing yang berekor. 
  18. Wau lenggang kebayak -- Wau kucing yang berekor. 
  19. Wau merak -- Wau yang menyerupai bentuk burung merak. 
  20. Wau orang -- lihat Wau jala budi. 
  21. Wau pari 
  22. Wau payang -- Wau yang menyerupai bentuk perahu payang. 
  23. Wau pepek 
  24. Wau sewah -- Wau yang menyerupai bentuk burung sewah. 
  25. Wau sobek -- Wau rekaan tradisi daripada kertas dengan menggunakan kaedah meretas, menebuk, melorek atau tampal-cantum bertujuan untuk dipamerkan dan bukan untuk dinaikkan. 
  26. Layang-layang Melayu 


KEY CHAIN

                                                          

Rantai kunci, fob utama atau cincin utama adalah rantaian kecil, biasanya diperbuat daripada logam atau plastik, yang menyambungkan barang kecil ke rantai kunci. Panjang rantai kunci membolehkan item digunakan dengan lebih mudah daripada jika disambungkan secara terus ke keyring. Sesetengah rantai kunci membenarkan satu atau kedua-dua hujung keupayaan untuk berputar, memelihara rantai kunci daripada menjadi dipintal, sementara item sedang digunakan.


Rantai kunci juga boleh menjadi penghubung antara keyring dan tali pinggang individu. Ia biasanya digunakan oleh kakitangan yang kerjanya kerap menggunakan kekunci kunci, seperti pengawal keselamatan, pegawai penjara, pengurus janitor, atau pengurus kedai runcit. Rantaian ini sering ditarik balik, dan oleh itu mungkin tali nylon, bukan rantai logam yang sebenar. Rantaian ini memastikan bahawa kunci tetap dilampirkan kepada individu yang menggunakannya, membuat kerugian secara tidak sengaja kurang cenderung, dan menjimatkan pada haus dan lusuh pada poket pengguna.Selain daripada itu,rantai kunci ini juga selalunya dijadikan kraftangan bagi sesuatu tempat untuk dibawa pulang pelancong ke tempat asal masing-masing.



PENUTUP

Sejujurnya,kraftangan tidak akan pernah lari daripada pelancong yang datang ke sesuatu tempat.Pelancong pasti akan membeli dan memiliki salah satu kraftangan yang saya terangkan diatas kerana kraftangan merupakan tanda dan kenangan pelancong membina kenangan di sesuatu tempat yang dilawati.Sekian sahaja pengetahuan tentang kraftangan.Sekiranya ada tersalah bahasa ataupun penggunaan ayat,saya memohon maaf atas kesilapan tersebut.Sekian terima kasih.

No comments:

Post a Comment